Wednesday, April 6, 2011

..Pengalaman ITU Telah Mengajar Diriku..




Assalamualaikum


Kerana pengalaman 'ITU' diriku bangkit mencari CINTA yang sebenarnya


Apa yang sudah berlalu biarkan ia berlalu. Mengingatinya hanya perkara yang sia-sia. Samalah seperti mematikan kehendak dan membinasakan masa hadapan. Teruskan kehidupan walau pahit yang dirasa. Kehidupan perlu dilayar sebaik mungkin walaupun kecewa datang bertimpa-timpa. Ingatlah seperkara, perkara yang berlaku tidak mampu diundur kembali. Walau menangis air mata darah pun, semuanya tidak akan kembali lagi.



Justeru ujian yang menimpa diri kita ini sering sahaja dianggap sukar untuk diatasi, sedangkan Allah sudah perjelaskan bahawa Allah tidak akan memberatkan manusia dengan sesuatu yang tidak tertanggung olehnya. Maka, yakinlah bahawa kita adalah antara orang yang terpilih di antara berjuta makhluk untuk merasai kemanisan hikmah. 



Bersyukurlah tatkala kita mendapat ujian, kerana itu tandanya Allah mengasihi kita. Allah hendak menguji tahap keimanan kita kerana sudah lumrah manusia, apabila dalam kesusahan dan kesempitan, kita lebih mengingati Allah. Allah memilih kita, sedangkan ramai lagi manusia yang Allah biarkan. Jika kita diuji dengan cinta manusia, bersabarlah. Lihat sekelilingmu, berapa manusia yang Allah tidak peduli? Dibiarkan mereka dalam kesesatan. Ditambahkan lagi kesesatan. Sesuatu yang belum kita lupakan itu harus segera dilipat dalam kotak memori paling jauh. Buangkan kesedihan dan binalah kebahagiaan. Tidak perlu mengingati perkara yang tidak patut diingati jika ianya pernah merosak diri.


Seperkara lagi, perlu diketahui dalam adat mencintai dan dicintai. Mencintai itu tidak semestinya memilikiBegitulah adat hidup di dunia.Sesungguhnya Allah itu memang sengaja hendak menguji kita, kerana kita sentiasa layak diuji. Jangan pernah ego terhadap satu kuasa besar ini. DIA boleh menarik kembali nikmat yang pernah kita miliki. Jangan pernah putus asa terhadap rahmat Allah, kerana DIA jualah yang boleh menghilangkan derita kita sekelip mata. Dan paling penting, jangan biarkan kisah cinta menjadi skrip cinta yang berulang. Bertemu dan berpisah dengan manusia yang berbeza.

Kita punya pilihan. Sama ada Allah atau lelaki itu yang kita pilih.

"Muslimat yang suci adalah muslimat yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah teramat menyintainya. Tapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya. Mengapa perlu ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari." 



Ramai manusia yang tidak sedar yang Allah sangat kasih dan sayang kepada kita, lalu diberikan ujian supaya kita tersedar dari lamunan mimpi dunia. Tersesat sebentar kemudian diluruskan kembali di jalan-Nya. Itu tanda Allah sangat sayang kepada kita.






Jika pada hari ini kita menjadi manusia yang hebat jiwanya, ingatlah bahawa suatu masa dulu, kita pernah tersungkur keletihan menghadapi ujian ini. Dan tatkala itu ingatlah bahawa Allah datangkan dia sebagai ujian kepada kita untuk menjadikan kita sebagai manusia yang kental jiwanya dan sedang melatih kita untuk sentiasa mengambil iktibar. Syukur dengan pengalaman "itu" yang Allah berikan dan kurniakan~









cempakasireh collection;
memotivasikan diri dengan pembacaan buku-buku motivasi salah satu treatment yang sangat bagus untuk dipraktikkan, I love to read all these sebab dia sangat sangat memotivasikan diri selain dapat menambahkan keyakinan diri dan semakin boleh menerima.
Apatah lagi dengan bacaan Al-quran nur karim kn, masyaAllah :)


Next pencarian dan penambahan koleksi bacaan : Tentang Cinta by Ustaz Pahrol Muhd Juoi, Murabbi Cinta by Ustza Hasrizal, La Tahzan Jangan Bersedih *_*



p/s : Tak salah kan kalau mahu berubah ke arah yang lebih baik lagi. Hari-hari akan ku lalui dengan senyuman. Tabah mencari apa itu erti CINTA yang sebenarnya. Semoga dikurniakan jodoh dengan seorang lelaki yang dapat menerima diri ini seadanya, yang dapat membimbing diri ke arah jalan yang diredhai Allah dan dapat bersama-sama melahirkan keluarga sakinah suatu hari nanti..amin.
thanks a lot to Dr.Cinta

4 comments:

C!K NoRa said... BALAS

k.anis kalo nk buku tentang cinta ust pahrol juoi 2.. bole la dtg bilik... hehe... dad ade.. =))

CemPaKa SiReH said... BALAS

@NoRa DaDiLLala yke..dad ade rupenye..ok2 nanti akak nk pinjam ye..thanks :)

fauziah seman said... BALAS

yes nis.....TQ vm....i already read this entry....i love it.....i kene mencari......:-)

CemPaKa SiReH said... BALAS

@fauziah seman
Sama-sama sahabatku..insyaAllah pasti g temui apa yg dicari tu..:)