Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Warkah buat adinda tercinta




Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Assalamualaikum


Masih terngiang-ngiang suara ustaz di siaran Tanyalah Ustaz TV9 pagi tadi. Jika kita tidak mampu menegur dan menyapa seseorang dengan teguran (ucapan), tidak diberi keistimewaan dalam menyampaikan dengan ucapan kata-kata..menulis juga adalah salah satu cara yang Allah anugerahkan untuk menyampaikan apa yang baik sesama umat Islam. Tidak perlu malu untuk menyampaikan sesuatu jika masih di landasan yang betul dan tidak melanggar syarak yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Alhamdulillah, syukur masih diberi kekuatan lagi untuk menulis dan ingin berkongsi di blog ini yang sudah dua minggu dibiarkan sepi tanpa entri baru. Inspirasi dari laman web iluvislam, penulis tujukan warkah ini untuk adik-adik tercinta..leen dan athirah terutamanya, nad, adik-adik housemate, my dear yani, serta sahabat-sahabat karib yang disayangi dan sentiasa diingati dalam doa...

     

Assalamualaikum...
Salam kasih dan sayang buatmu adinda.

Segala puji bagi Allah atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya dalam menyatukan hati-hati kita. Juga tiada mampu untuk kita memuji akan diri-Nya melebihi Dia atas jalinan ukhuwah yang telah lama dijalinkan dengan izin dari-Nya... Alhamdulillah.


Adik...
Sudah terlalu lama kakak tidak menitipkan bicara melalui coretan buatmu. Maafkan kakak. Sekalipun bicara coretan tidak kakak hulurkan namun kita tetap jua berhubung dan masih bertanya khabar.


Adik...
Hari ini, hati benar-benar terpanggil untuk menarikan jari jemari ini. Bersama doa agar rahmat dan lindungan Allah sentiasa bersama kita, kakak mulakan sebagai persembahan pembukaan.


Sebenarnya, sudah lama juga kakak berkira-kira untuk 'menyapa' (menegur) adik, tapi dek kerana bimbangkan ada hati yang akan terguris, kakak tangguhkan.
Maaf adik! Bukanlah niat kakak untuk melukakan, jauh sekali membuat adik berkecil hati. Tapi, sebelum apa juga perasaan yang adik rasakan, segeralah kembalikan diri kepada Allah, InsyaAllah hatimu akan berasa tenang. Anugerah ketenangan itu dari Allah, dan kita sebagai hamba diberikan pula kemampuan untuk melaksanakan... Subhanallah. Indahnya kurniaan.


Adik...
Mungkin adik sendiri telah maklum akan perubahan kakak walau tidak seberapa dan tidak sempurna mana pun lagi yang ada pada diri kakak sekarang. Seorang perempuan yang menyintai Pemiliknya... dan tiap waktu merindui akan keagungan yang diciptakan-Nya. Allahu Akbar! Bukan hanya melalui kata-kata, tapi ia atas rasa percaya dan benar-benar merasa.


Adik...
Bersama anugerah terindah yang sedang kakak daki kini, bersama persalinan baru yang kakak pakaikan pada diri, kakak rasa begitu bahagia sekali. Walaupun pada pandangan duniawi, kakak ini serba tiada, harta benda, pangkat dan darjat, tapi kakak dapat merasa nikmat berada dijalan-Nya.


Adik...
Jika suatu waktu dulu, dosa pahala tidak kita ambil kira, meniti jambatan dunia hingga terlupa di hujungnya akhirat yang tersedia, tapi hari ini, kakak berada dilandasan yang berbeza. Mungkin masih jua di jambatan yang sama, tapi memilih lorong yang tahu menilai ganjaran dan azab yang dijanjikan-Nya. Astaghfirullah.


Adik...
Hampir seluruh zaman remaja kita habiskan dengan penuh kealpaan, tidak berjaya meletakkan diri sebagai anak yang solehah. Tidak menyenangkan hati kedua mama dan papa sedang mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan tidak meminta untuk membalas tiap amal bakti yang diberikan. Astaghfirullah. Pasti hati kecil mereka merintih saat kedegilan itu menguasai anak-anak yang menjadi harapan dunia dan akhirat.


"Ya Allah, ampuni kami ya Allah. Sesungguhnya kami ini anak-anak yang berdosa."
Namun adik, sedarkah kita bahawa hari ini Allah masih juga memberikan nikmat untuk kita merasakan alam dewasa suatu hari nanti. Alhamdulillah, jika dipanjangkan umur diberikan juga kesempatan untuk kita bergelar isteri dan ibu. Subhanallah. Allah Maha Pemurah. Tiada yang layak dipuji melainkan Dia. Dan diberikan juga peluang untuk bersama mama dan papa yang sedang meniti penghujung usia mereka. Allah Maha Besar!


Adik...
Perkara-perkara inilah yang menjadikan kakak selalu mencari diri, mencari jalan pulang ke sisi-Nya Yang Maha Pemberi. Dan selalu merasakan tidak cukup untuk membalasnya dengan ucapan 'terima kasih' dalam tiap gerak nadi yang berdenyut.


Adik...
Bersama kekuatan dan kemampuan yang Allah berikan pada kakak saat ini, kakak benar-benar ingin memimpin adik bersama kakak untuk berada di landasan yang sama.
Dekatilah Dia, adik. Kembalilah pada-Nya. Jalan untuk menghampiri-Nya sentiasa luas terbuka. Malah Dia jua Maha Pengampun tiap dosa walau sebesar mana murka yang ada buat kita. Subhanallah. Ayuhlah adik, kembali mencari jalan pulang sebelum kita bertemu denganNya.


Adik...
Bersama warkah ini, kakak tinggalkan adik pesanan-pesanan ini, juga pesanan untuk kakak sendiri yang mungkin mampu dijadikan azimat dalam kita meniti sisa usia yang Allah masih berikan...InsyaAllah.

  •  Letakkanlah niat hatimu semata-mata kerana Allah dalam apa jua yang dirimu ingin lakukan.
  • Hiasilah dirimu dengan rasa malu yang menebal, agar dirimu bisa memperoleh cahaya yang tersembunyi disebalik kepalsuan dunia.
  •  Peliharalah solat. Perbaikilah ia. Dirikanlah diawal waktu.
  • Bersahabatlah dengan Al-Quran dan Sunnah agar dapat menjadi penyuluh jalanmu.
  •  Peliharalah jua aurat mu. Tutuplah ia dengan syariat yang telah ditetapkan. Ingatlah akan azab yang dijanjikan Allah buat hamba-hambanya.
  •  Tunaikanlah kewajipan yang telah diperintahkan Allah buat kita dan jauhi maksiat dan kemungkaran yang melalaikan.
  •  Jadilah dan pelajarilah sungguh-sungguh  menjadi seorang isteri (suatu hari nanti) yang redha, ikhlas dan sabar atas tiap ketentuan yang Allah berikan.
  •  Letakkanlah diri sebagai ibu pada masa hadapan nanti yang solehah dan menjadi murabbi kepada anak-anak.
  •  Hapuskanlah kegagalan sebagai seorang anak kepada mama dan papa , gantikanlah dengan bakti yang terbaik buat mereka ketika mereka masih ada..



Adik...
Untuk menjadi wanita solehah yang berperanan sebagai gadis perawan, isteri, ibu dan mujahidah serta terhindar daripada segala fitnah yang timbul, ia mestilah mencontohi keperibadiaan wanita-wanita Islam terdahulu, yang telah terbukti kesolehahan dan sumbangan besar mereka kepada pejuangan Islam.Kenang-kenangkanlah kemuliaan peribadi, pengorbanan dan perjuangan Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah Az-Zahra, Rabiyatul Adawiyah, Zainab al-Ghazali dan tokoh-tokoh wanita silam. 
Sesungguhnya mereka telah meninggalkan teladan dan mutiara yang tak ternilai buat kita.


Adik...
Selebihnya, pasti adik akan temuinya nanti... InsyaAllah.
Inilah jalan kita. Jalan pulang yang kita cari-cari selama ini. Kakak doakan moga adik dipermudahkan Allah dalam usaha menuju ke jalanNya.
Akhir bicara, maafkan kakak andai bicara ini membuat hati kecilmu tersentuh.

Ingatlah adik, dunia ini pinjaman semata-mata. Tiada yang akan kekal melainkan Dia. Sementara diberikan kekuatan dan kemampuan untuk kita membezakan, pilihlah jalan yang diredhaiNya.


Moga dikalungkan taufik dan hidayahNya buat kita dan sentiasa diampunkan dosa. Kita ini hanya hamba. Hamba yang selayaknya meminta pada Dia yang sentiasa bersedia memberikan laluan buat kita, kerana hanya Dia tempat kita menyembah dan memohon pertolongan. Tiada daya dan upaya kita melainkan hanya denganNya, Yang Maha Menguasai tiap perkara. Maha suci Allah!
Wassalam.

From;
Kakak.
Hamba Allah yang diciptakan untuk akhirat.



p/s: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. pernah bersabda, maksudnya : "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya"; perlu kita berusaha sungguh-sungguh  untuk mencapainya dan dengan izin dariNya, kita mampu sis..we can do it~

Wednesday, April 6, 2011

..Pengalaman ITU Telah Mengajar Diriku..




Assalamualaikum


Kerana pengalaman 'ITU' diriku bangkit mencari CINTA yang sebenarnya


Apa yang sudah berlalu biarkan ia berlalu. Mengingatinya hanya perkara yang sia-sia. Samalah seperti mematikan kehendak dan membinasakan masa hadapan. Teruskan kehidupan walau pahit yang dirasa. Kehidupan perlu dilayar sebaik mungkin walaupun kecewa datang bertimpa-timpa. Ingatlah seperkara, perkara yang berlaku tidak mampu diundur kembali. Walau menangis air mata darah pun, semuanya tidak akan kembali lagi.



Justeru ujian yang menimpa diri kita ini sering sahaja dianggap sukar untuk diatasi, sedangkan Allah sudah perjelaskan bahawa Allah tidak akan memberatkan manusia dengan sesuatu yang tidak tertanggung olehnya. Maka, yakinlah bahawa kita adalah antara orang yang terpilih di antara berjuta makhluk untuk merasai kemanisan hikmah. 



Bersyukurlah tatkala kita mendapat ujian, kerana itu tandanya Allah mengasihi kita. Allah hendak menguji tahap keimanan kita kerana sudah lumrah manusia, apabila dalam kesusahan dan kesempitan, kita lebih mengingati Allah. Allah memilih kita, sedangkan ramai lagi manusia yang Allah biarkan. Jika kita diuji dengan cinta manusia, bersabarlah. Lihat sekelilingmu, berapa manusia yang Allah tidak peduli? Dibiarkan mereka dalam kesesatan. Ditambahkan lagi kesesatan. Sesuatu yang belum kita lupakan itu harus segera dilipat dalam kotak memori paling jauh. Buangkan kesedihan dan binalah kebahagiaan. Tidak perlu mengingati perkara yang tidak patut diingati jika ianya pernah merosak diri.


Seperkara lagi, perlu diketahui dalam adat mencintai dan dicintai. Mencintai itu tidak semestinya memilikiBegitulah adat hidup di dunia.Sesungguhnya Allah itu memang sengaja hendak menguji kita, kerana kita sentiasa layak diuji. Jangan pernah ego terhadap satu kuasa besar ini. DIA boleh menarik kembali nikmat yang pernah kita miliki. Jangan pernah putus asa terhadap rahmat Allah, kerana DIA jualah yang boleh menghilangkan derita kita sekelip mata. Dan paling penting, jangan biarkan kisah cinta menjadi skrip cinta yang berulang. Bertemu dan berpisah dengan manusia yang berbeza.

Kita punya pilihan. Sama ada Allah atau lelaki itu yang kita pilih.

"Muslimat yang suci adalah muslimat yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah teramat menyintainya. Tapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya. Mengapa perlu ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari." 



Ramai manusia yang tidak sedar yang Allah sangat kasih dan sayang kepada kita, lalu diberikan ujian supaya kita tersedar dari lamunan mimpi dunia. Tersesat sebentar kemudian diluruskan kembali di jalan-Nya. Itu tanda Allah sangat sayang kepada kita.






Jika pada hari ini kita menjadi manusia yang hebat jiwanya, ingatlah bahawa suatu masa dulu, kita pernah tersungkur keletihan menghadapi ujian ini. Dan tatkala itu ingatlah bahawa Allah datangkan dia sebagai ujian kepada kita untuk menjadikan kita sebagai manusia yang kental jiwanya dan sedang melatih kita untuk sentiasa mengambil iktibar. Syukur dengan pengalaman "itu" yang Allah berikan dan kurniakan~









cempakasireh collection;
memotivasikan diri dengan pembacaan buku-buku motivasi salah satu treatment yang sangat bagus untuk dipraktikkan, I love to read all these sebab dia sangat sangat memotivasikan diri selain dapat menambahkan keyakinan diri dan semakin boleh menerima.
Apatah lagi dengan bacaan Al-quran nur karim kn, masyaAllah :)


Next pencarian dan penambahan koleksi bacaan : Tentang Cinta by Ustaz Pahrol Muhd Juoi, Murabbi Cinta by Ustza Hasrizal, La Tahzan Jangan Bersedih *_*



p/s : Tak salah kan kalau mahu berubah ke arah yang lebih baik lagi. Hari-hari akan ku lalui dengan senyuman. Tabah mencari apa itu erti CINTA yang sebenarnya. Semoga dikurniakan jodoh dengan seorang lelaki yang dapat menerima diri ini seadanya, yang dapat membimbing diri ke arah jalan yang diredhai Allah dan dapat bersama-sama melahirkan keluarga sakinah suatu hari nanti..amin.
thanks a lot to Dr.Cinta

Thursday, March 31, 2011

..Mencari Damai Di Hati..



Assalamualaikum

Setiap yang berlaku pada saya sejak sebulan yang lalu dan selepas balik dari Penang yang lepas membuatkan saya banyak berfikir tentang diri saya..tentang kehidupan yang telah saya lalui. Lebih banyak persoalan-persoalan yang bermain di fikiran saya. Apa yang sebenarnya yang saya mahu kecapi di dunia yang hanya sementara ini..dan yang paling penting sekali persoalan yang sering saya persoalkan..hari berganti hari makin dekat dengan kematian..apakah bekalan amalan yang saya akan bawakan di akhirat kelak sudah cukup or sudah sempurna....


"Hamba Allah yang baik, antaranya adalah selalu menginsafi diri. Silap langkah dalam kehidupan, kembali kepada jalan hidayah. Istigfar selalu. Manusia yang jauh dari hidayah Allah, bila melakukan dosa tak merasai titik hitam di hati. Hamba Allah yang disukaiNya, bila lakukan dosa kembali bertaubat"


Ya. Saya ingin menjadi hamba Allah yang disukaiNya. Saya bersyukur saya diuji dengan dugaan 'itu'. Kalau perasaan saya..soal hati saya tidak diduga dan diuji dengan sedemikian rupa, mungkin saya akan terus terleka, terbuai dengan mimpi-mimpi yang indah, syok sendiri dengan godaan dunia dan nafsu. Betul lah yang hakikatnya setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..pasti dan yakin.




Perubahan yang akan dilakukan sedikit demi sedikit bukannya mudah dan bukannya senang. Perlakuan memang tidak semudah tutur kata. Dari segi pakaian, masih banyak yang perlu perbaiki, solat yang dilakukan lima waktu sehari semalam belum tentu sempurna..menjadi al-quran pendamping setia saya sehari-hari belum pun tertunai lagi..adab pergaulan saya dengan kaum adam juga masih belum lagi berjaya seperti mana yang dituntut. 


Ingatlah, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.-inspirasi-

Hati yang sering sahaja rapuh, yang selalu dibuai dengan keenakan dunia..yang mudah tersentuh...yang kadang-kadang perasan dengan diri sendiri...yang mana cinta duniawi kadang-kadang membutakan mata dan hati ini. Moga-moga saya dapat istiqamah dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik lagi, insyaAllah. Berubah bukan kerana si dia, tetapi berubah kerana ALLAH..kerana Allah sahajalah pemilik hati saya ini. 


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka...." (An-Nur :30-31)

Ingatlah duhai hati,  kadang-kadang orang tu layan kita sama je macam kawan dia yang lain. tapi disebabkan hati perempuan ni mudah tersentuh, kita pun dah start sayang and etc etc pada orang tu. Tapi sebenarnya dia biasa-biasa je. So untuk peringatan kepada diri sendiri sekali lagi and all girls, Beware. The heart is fragile, so handle with care. =)  -inspirasi-


 -inspirasi-




"..there must be a certain distance between cars for safety, as such there must be a distance between male and female for safety.."-inspirasi-

Thanks a lot to Tg Farra Waheeda@fawa


p/s : Ya Allah..bimbingkanlah aku ke jalan yang benar, tetapkanlah hati hambamu ini dijalan yg diredhaiMu Ya Allah, guide and lead  me-ameen-**entri-entri selepas ini akan ke arah menjaga dan perlu mengingatkan hati ini sebaik yang mungkin, usaha selagi mampu, insyaAllah~