Saturday, April 30, 2011

Beruntunglah Tika Telah Terpilih



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Assalamualaikum


Sambil-sambil kita baca..kita play and layan lagu sama-sama;




Pernah tak kita bersyukur kepada Allah, tentang segala apa yang berlaku pada diri kita? Tentang ujian yang diturunkan kepada kita sebenarnya ada mengandungi seribu hikmah.
Bila kita putus cinta, kita menangis kesedihan kerana jodoh tak panjang. Atau sebenarnya;







Kita menangis mengenangkan dosa kita sewaktu bersama dia, ahh, alangkah, tersasarnya kita sewaktu menikmati cinta manusia! Sehingga ada yang tergadai segala-galanya yang perlu si perempuan pelihara selama ini. Bertahajudlah, meminta dikuatkan hati dalam kembali mencari cinta-Nya. Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya.









Semakin lama kita semakin lupa kepada apa yang telah berlaku dek kesibukan urusan yang pelbagai. Kita rasa tenang dan ceria menikmati cinta Allah dan tak payah nak fikir-fikir lagi dengan cinta manusia yang hanyalah tipuan semata! Indah bercinta dengan Allah. =')








Bersabarlah duhai muslimah, tercatat sudah sebaris nama di luh mahfuz untukmu. Apabila sampainya masa kau akan bertemu jua dengan si dia. Bertemu di jalan yang diredhai oleh Allah..yang segala syariatNya dipatuhi.










Bersyukurlah kepada Allah yang memilih kamu untuk kembali bercinta dengan Nya. =')

Dan teramatlah rugi jika disebalik apa yang berlaku dan apa jua yang menimpa diri kita..kita tak nampak akan kemanisan disebalik semua itu..malah semakin pula jauh dan lalai dengan Allah..nauzubillah..minta dijauhkan.


  
Remember this my dear friends;

" Terkadang Allah memutuskan cinta kita sesama manusia adalah untuk menyambung cinta kita dengan cintaNya. Maka beruntunglah orang-orang yang terpilih itu! "

Tq to Solusi n Dr.Cinta


p/s: Untuk renungan mata hati kita bersama-sama, dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, iman mesti dikukuhkan dalam dada. Carilah kemanisan iman dengan memperkemaskan solat, membaca al-Quran dan membudayakan sedekah. Cintailah Dia, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita..insyaAllah~

 

Thursday, April 28, 2011

So Sweet Ketika Dilamun Cinta





Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Assalamualaikum



Apakah perasaan anda apabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?


Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maka Kuasa...Allah RAbbul jalil


Disini dititipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.

  • Anda SUKA untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.

  • Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. DIA mengatasi yang lain. Segala kehendakNya anda utamakan dan yang dilarangNya anda cepat-cepat menjauhkan diri.

  • Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.

  • Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM.

  • Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintah-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.

  • TEGAS terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.


Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?



Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar. Waallahu'alam~



Dan ingin kongsikan 3 perkara yang kita boleh dapat pahala dengan senang-senang je dengan menggunakan pancaindera yang telah Allah kurniakan kepada kita ini..


  1. Tengok Kaabah




   2. Tengok al-Quran  





   3. Tengok picture ibu bapa kita.

 

sumber:iluvislam.com 

p/s: Mari kita top up amalan kita banyak-banyak selagi kita masih diberi peluang ini sebelum terlambat..insyaAllah. "Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti kita akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan. Belajarlah di universiti kehidupan semasa masih ada masa lagi, supaya kita tidak diburu penyesalan apabila tempoh pengajian tamat (MATI)"..



Monday, April 25, 2011

Tahu Atau Buat-Buat Tak Tahu




Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Assalamualaikum


Ketika ini..mesti sahabat-sahabat saya tengah bertungkus lumus dan khusyuk mengulangkaji subjek Construction Technology yang examnya akan berlangsung pada hari Rabu petang ini, 27 April..teruskan usaha sahabat-sahabatku...berehat sebentar ingin mencoret sedikit untuk dikongsi bersama..



Dalam kita mengulangkaji...kita cuba fikirkan..adakah benda-benda seperti gambar di bawah yang sudah dianggap "terlalu biasa" dalam masyarakat diambil berat? Mungkin sebenarnya apa yang kita lakukan tidak sedar boleh mengundang dosa kepada kita..So mungkin entri kali ini boleh di ambil ikhtibar bersama-sama..dan peringatan kepada diri sendiri juga penting sebab ada yang selalu berkata:


"alah..dia tu pun macam tu jugak..nak tegur-tegur orang pulak??"


TAPI kalau kita nak tunggu baik, sebab kita tak perfect 100%, sampai bila? sangat payah untuk hidup dengan orang yang banyak kritik je. Kita menegur, memberi ilmu, memperingati sesuatu, etc etc untuk mentarbiah diri sendiri jugak kan..


Adakah hari ini atau hari-hari sebelum ini..kita pernah melakukan perkara-perkara sebegini tanpa kita sedari?



Zina Mata dengan Melihat



Zina Telinga dengan Mendengar



Zina Lisan dengan berkata-kata



Zina hati dengan memikirkannya



Zina Tangan dengan menyentuhnya




Zina Kaki dengan melangkah



Sabda Rasulullah s.a.w: " Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka solatnya itu hanya akan menambahkan kemurkaan Allah..."


Saya sangat takut sebab benda-benda macam ni macam dah terbiasa dalam masyarakat. Banyak orang tahu zina tu yang perhubungan itu je, orang belum tahu yang zina ni ada macam-macam jenis. Ada jugak orang dah tahu tapi dia tak mengamalkannya macam lah jugak dengan saya. -__-



Sesungguhnya, saya bukanlah insan yang layak untuk menulis ini tapi sekadar perkongsian, sekadar kita nak ingatkan diri balik, memang lansung tak ada masalah, bukan? =) Waallahu'alam~

Credit to Dr.Cinta

p/s: "Ya Allah ya Tuhanku, kau bantulah aku dan sahabat-sahabatku menghadapi cabaran ini (final exam) dengan baik. Kau kuatkanlah daya ingatan kami, tajamkanlah akal fikiran kami, lapangkanlah dada kami, terangkanlah hati kami, bimbinglah kami untuk fokus dan jauhilah kami dari kelalaian dan kemalasan. Kau bantulah kami menerima ilmu dan mempraktikkannya dengan cemerlang. Kau jadikanlah kami manusia yang berguna untuk keluarga kami dan masyarakat kami. Amin amin ya rabbal al amin, engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Pemalu"


Sunday, April 24, 2011

Berusahalah! Walau Perubahan itu Bukan Mudah.





Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Assalamualaikum




-Hlovate-







p/s: hanya entry pendek..demam exam sudah bermula..1st paper on 27 April. Chaiyok-chaiyok!

Wednesday, April 20, 2011

-IKHTILAT-




Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Assalamualaikum


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Dengan kurniaan rezeki dari Allah yang tidak disangka-sangka
Dengan izin-Nya Allah permudahkan segala urusan 



Semakin hari bermuhasabah diri..semakin jahil rupanya diri ini
Semakin banyak menyelak kembali kehidupan-kehidupan yang lalu..
semakin sangat terasa bahawa sudah banyak dosa-dosa yang telah dilakukan...salah satunya adalah daripada ikhtilat.


IKHTILAT


Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. 




Persoalan mungkin, ikhtilat (percampuran) IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita? 

Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :


1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.

2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.

3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.

4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.






Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama dikalangan kita sendiri iaitu anak-anak muda sekarang. 


Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah. 


Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam. Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya??


Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: 

"Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga." 


Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya. 





Contoh-contoh Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini:


1. Tidak menundukkan pandangan


Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, tidaklah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, shopping complex, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan.


3. Telefon tidak "urgent"


Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti.

4. SMS tidak "urgent"

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan pelajaran, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.


5. Berbicara Mendayu-dayu


Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.


6. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’


YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada pelajaran kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.




...........................................................................


Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat sudah kita ketahui..kita fahami..so bagaimana pula tip-tip untuk berurusan dengan bukan muhrim..



1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. 

Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (perempuan) dan rijal (bagi lelaki), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki laptop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2.Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. 

Andai terpaksa berhubung dengan BUKAN muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. (terasa teman

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: 

"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." 

3. Tundukkan hati

Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan. 


4. Tundukkan pandangan

Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukkan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan.


Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

rujukan; iluvislam


Entri peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan yang telah banyak melakukan kesilapan serta banyak kekurangan yang perlu diperbaiki lagi, semoga diri dan pembaca entri ini istiqamah dalam menjaga ikhtilat sebaik yang mungkin kerana Allah, ameen~



"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...Tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, kerana kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."


insya-Allah majalah SOLUSI akn dijadikan salah satu teman setia setiap bulan


*** Maaf jikalau ada sms atau panggilan yang tidak dapat di jawab oleh saya..apatah lagi dari no. yg tidak dikenali..online chat di FB sudah lama tidak dibuka..dan YM pula saya hanya available utk sahabat-sahabat perempuan shj.  Jika tiada kepentingan untuk ditanya kepada saya...saya abaikan. Tetapi jika ada soalan 'urgent' yg ingin ditanyakan..insyaAllah saya akn reply...bkn apa..kerana saya tidak mahu lagi susah hati memikirkan soal perasaan melibatkan hal-hal lelaki sebab saya tahu, anda pun tahu kn...pemilik nyawa kita semua iaitu Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sudah meletakkan garis panduan dalam hubungan antara muslimin dan muslimat.. "JAUHI DIRIKU, DEKATILAH WALIKU" Syukran.***




p/s: "Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yg Maha Pengampun, Maha Penyayang (39;53)
Selamat bermuhasabah bersama-sama~ Terima kasih kerana sudi singgah ke blog yg tak seberapa ini. Allah always love us, tetapi kita....