Wednesday, April 20, 2011

-IKHTILAT-




Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Assalamualaikum


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Dengan kurniaan rezeki dari Allah yang tidak disangka-sangka
Dengan izin-Nya Allah permudahkan segala urusan 



Semakin hari bermuhasabah diri..semakin jahil rupanya diri ini
Semakin banyak menyelak kembali kehidupan-kehidupan yang lalu..
semakin sangat terasa bahawa sudah banyak dosa-dosa yang telah dilakukan...salah satunya adalah daripada ikhtilat.


IKHTILAT


Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. 




Persoalan mungkin, ikhtilat (percampuran) IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita? 

Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :


1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.

2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.

3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.

4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.






Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama dikalangan kita sendiri iaitu anak-anak muda sekarang. 


Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah. 


Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam. Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya??


Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: 

"Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga." 


Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya. 





Contoh-contoh Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini:


1. Tidak menundukkan pandangan


Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, tidaklah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, shopping complex, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan.


3. Telefon tidak "urgent"


Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti.

4. SMS tidak "urgent"

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan pelajaran, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.


5. Berbicara Mendayu-dayu


Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.


6. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’


YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada pelajaran kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.




...........................................................................


Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat sudah kita ketahui..kita fahami..so bagaimana pula tip-tip untuk berurusan dengan bukan muhrim..



1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. 

Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (perempuan) dan rijal (bagi lelaki), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki laptop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2.Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. 

Andai terpaksa berhubung dengan BUKAN muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. (terasa teman

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: 

"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." 

3. Tundukkan hati

Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan. 


4. Tundukkan pandangan

Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukkan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan.


Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

rujukan; iluvislam


Entri peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan yang telah banyak melakukan kesilapan serta banyak kekurangan yang perlu diperbaiki lagi, semoga diri dan pembaca entri ini istiqamah dalam menjaga ikhtilat sebaik yang mungkin kerana Allah, ameen~



"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...Tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, kerana kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."


insya-Allah majalah SOLUSI akn dijadikan salah satu teman setia setiap bulan


*** Maaf jikalau ada sms atau panggilan yang tidak dapat di jawab oleh saya..apatah lagi dari no. yg tidak dikenali..online chat di FB sudah lama tidak dibuka..dan YM pula saya hanya available utk sahabat-sahabat perempuan shj.  Jika tiada kepentingan untuk ditanya kepada saya...saya abaikan. Tetapi jika ada soalan 'urgent' yg ingin ditanyakan..insyaAllah saya akn reply...bkn apa..kerana saya tidak mahu lagi susah hati memikirkan soal perasaan melibatkan hal-hal lelaki sebab saya tahu, anda pun tahu kn...pemilik nyawa kita semua iaitu Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sudah meletakkan garis panduan dalam hubungan antara muslimin dan muslimat.. "JAUHI DIRIKU, DEKATILAH WALIKU" Syukran.***




p/s: "Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yg Maha Pengampun, Maha Penyayang (39;53)
Selamat bermuhasabah bersama-sama~ Terima kasih kerana sudi singgah ke blog yg tak seberapa ini. Allah always love us, tetapi kita....



0 comments: