Friday, April 15, 2011

..Changing is Not A Crime..




Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Assalamualaikum








Sebagai seorang perempuan yang beragama Islam, menutup aurat (bukan menutup urat) merupakan perintah wajib dari Allah. Syariat ini agak ditekankan kepada wanita ini kerana wanita merupakan fitnah terbesar, aurat wanita lebih complicated. 



Cuba kita baca ini bersama-sama;


"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Takut kan?

"Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantungkan rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada lagi..

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari Akhirat nanti."(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaii dan Ibn Majah)

(T___T)


Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka..


Umat Islam saling berpesan-pesan. Itulah indahnya hidup bersama saudara. Soal aurat kalau memang tak ada kesedaran, memang susah nak diperbetulkan, sebab pemakaian, wanita selalu jadi mangsa gangguan seksual, bermula lah gejala sosial etc. etc.



So, haiya! Let’s check it out macam mana kita nak menjaga penampilan kita di hadapan ajnabi.







CLICK HERE untuk menambahkan lagi ilmu mengenai batas-batas aurat perempuan


-
-
-
-




.
.
.
.








*
*
*








~
~
~










.....








..
..
..
..














Pernah tengok kan this campaign? First tgk thats campaign time last year, tapi time tu hati masih belum terbuka nak sokong thats campaign..sebab takut tak dapat berterusan nak follow..huhu. Insya-Allah kalau kita selalu ingat Allah, takut dgn Alllah..we can do it! Bak kata pemilik blog Budu dan Belacan ini; cover your aurat it's not easy, it's a process, but for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically. For those who are wearing the hijab, let's do it right, not just ikat-ikat. =)








Mungkin kita selalu dengar keluhan or alasan, "ala tak da kekuatan lagi la nak ke arah tu". Hari Jumaat lepas dalam segmen Tanyalah Ustazah ada dengar Ustazah Siti Nor Bahiyah ckp, tak da istilah pun nak datang kekuatan tu nak berubah..kalau kita tanamkan kat hati kita masing-masing sayangkan Allah, taat kepada Allah, takut kepada Allah, takut akan mati, insyaAllah pasti ada kesedaran. (terasa teman..huhu)




Bukankah yang tertutup itu indah?











Untuk renungan bersama, jam yang dibalut dengan pembalut hadiah, dijaga, diletak dalam showroom. Jam mahal, biasalah jaga pon lebih siket. Bandingkan dengan jam yang dekat pasar malam, longgok-longgok, 3 RM10 (murahnya). Yang ni for sure lah pakai seminggu lepas tu dah rosak.






Yang tertutup, terjaga itu sangat susah nak dekati, nak dapat. Wanita solehah susah nak didekati. Sebab mereka  menjaga. Jaga diri mereka, jaga iman mereka, jaga peribadi mereka. Untuk suami mereka suatu hari nanti. Tak kan sewenang-wenangnya menyerah kepada lelaki, tak kan sewenang-wenangnya memberi kepada yang bukan berhak. Benda murah memang senang nak dapat, dekat pasar malam 3 RM 10. Nilailah kita di mana. Dengan hati yang punya iman...





"Islam tak menyekat umatnya untuk bergaya, cuma bergayalah guna ilmu, jangan hanya pakai otak dan nafsu. Pakai ilmu. Bergayalah guna ilmu bukan guna nafsu semata-mata" 




source of picture : google je..
Thanks a lot to Dr.Cinta for this nasihat and tips 


Saya bukan ustazah. Saya tak layak untuk menasihati. Ye, diri sendiri pon belum sempurna...masih banyak banyak dan banyak lagi yg perlu dibaiki..tang menutup aurat lagilah, masih belum sempurna pun lagi...pergghh terkena habis lah.T____T. Tapi, jika kita timbul rasa keinsafan setelah membaca semua ni, alhamdulillah kita masih punya hidayah yang insyaallah suatu hari nanti hidayah kita akan merubah kita, tapi sebaliknya, jika ada yang mencemuh, mencebik, mengata, segala macam me- lah, sila check hati kita dulu macam mana..  


p/s: Diriku menulis untuk memotivasikan diri, untuk setiasa 'menjaga' dan 'mengingatkan' hati ini. Entri-entri selepas ini pun akan lebih ke arah motivasi je start dari this ENTRI, this ENTRI, and this ENTRI. Selain itu kalo ada tempat-tempat makanan yg menarik akan turut dikongsi bersama..dan untuk entri-entri yg lepas biarlah ia menjadi kenangan terindah.. Jika ada kebaikan dalam blog ini ambillah, jika terdapat cacat celanya, maaf dipinta dan sila-silalah tegur :)

0 comments: