Thursday, March 31, 2011

..Mencari Damai Di Hati..



Assalamualaikum

Setiap yang berlaku pada saya sejak sebulan yang lalu dan selepas balik dari Penang yang lepas membuatkan saya banyak berfikir tentang diri saya..tentang kehidupan yang telah saya lalui. Lebih banyak persoalan-persoalan yang bermain di fikiran saya. Apa yang sebenarnya yang saya mahu kecapi di dunia yang hanya sementara ini..dan yang paling penting sekali persoalan yang sering saya persoalkan..hari berganti hari makin dekat dengan kematian..apakah bekalan amalan yang saya akan bawakan di akhirat kelak sudah cukup or sudah sempurna....


"Hamba Allah yang baik, antaranya adalah selalu menginsafi diri. Silap langkah dalam kehidupan, kembali kepada jalan hidayah. Istigfar selalu. Manusia yang jauh dari hidayah Allah, bila melakukan dosa tak merasai titik hitam di hati. Hamba Allah yang disukaiNya, bila lakukan dosa kembali bertaubat"


Ya. Saya ingin menjadi hamba Allah yang disukaiNya. Saya bersyukur saya diuji dengan dugaan 'itu'. Kalau perasaan saya..soal hati saya tidak diduga dan diuji dengan sedemikian rupa, mungkin saya akan terus terleka, terbuai dengan mimpi-mimpi yang indah, syok sendiri dengan godaan dunia dan nafsu. Betul lah yang hakikatnya setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..pasti dan yakin.




Perubahan yang akan dilakukan sedikit demi sedikit bukannya mudah dan bukannya senang. Perlakuan memang tidak semudah tutur kata. Dari segi pakaian, masih banyak yang perlu perbaiki, solat yang dilakukan lima waktu sehari semalam belum tentu sempurna..menjadi al-quran pendamping setia saya sehari-hari belum pun tertunai lagi..adab pergaulan saya dengan kaum adam juga masih belum lagi berjaya seperti mana yang dituntut. 


Ingatlah, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.-inspirasi-

Hati yang sering sahaja rapuh, yang selalu dibuai dengan keenakan dunia..yang mudah tersentuh...yang kadang-kadang perasan dengan diri sendiri...yang mana cinta duniawi kadang-kadang membutakan mata dan hati ini. Moga-moga saya dapat istiqamah dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik lagi, insyaAllah. Berubah bukan kerana si dia, tetapi berubah kerana ALLAH..kerana Allah sahajalah pemilik hati saya ini. 


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka...." (An-Nur :30-31)

Ingatlah duhai hati,  kadang-kadang orang tu layan kita sama je macam kawan dia yang lain. tapi disebabkan hati perempuan ni mudah tersentuh, kita pun dah start sayang and etc etc pada orang tu. Tapi sebenarnya dia biasa-biasa je. So untuk peringatan kepada diri sendiri sekali lagi and all girls, Beware. The heart is fragile, so handle with care. =)  -inspirasi-


 -inspirasi-




"..there must be a certain distance between cars for safety, as such there must be a distance between male and female for safety.."-inspirasi-

Thanks a lot to Tg Farra Waheeda@fawa


p/s : Ya Allah..bimbingkanlah aku ke jalan yang benar, tetapkanlah hati hambamu ini dijalan yg diredhaiMu Ya Allah, guide and lead  me-ameen-**entri-entri selepas ini akan ke arah menjaga dan perlu mengingatkan hati ini sebaik yang mungkin, usaha selagi mampu, insyaAllah~

Wednesday, March 30, 2011

Ayam Penyet RIA vs Ayam Penyet APi



Assalamualaikum



Sape suka makan?? Angkat kening dan senyum cepat-cepat..
..I love eating so much..
lagi-lagi kalau mood tengah hepi terus nak makan makanan yang sedap-sedap

Jumaat lepas, selepas submit chapter 2 dessertation kat my supervisor,
dua hari dua malam duk ngadap benda tu je..edit edit apa yg patut, tambah-tambah apa yg patut
last-last dapat komen 'good' and perlu tambah ckit lg for my chapter 2.
Fuhhh..lega, terasa lega sangat

So, i give present for my self dengan menyerbu Ayam Penyet Ria kat Sekyen 9 Shah Alam
Restoran tu sebelah je dengan bangunan Plaza Masalam
yang ada banyak-banyak bank tu
lagi senang cari je McD area situ, dia berdepan dgn bangunan McD tu je
 

Fisrt-first je masuk restoran tu, teruja dengan decoration nye yang amat cantik, sedap mata memandang
Bali nye style..mestila cantik..dihiasi dgn perabot jati.
Ramai jugak orang time tu..lunch hour la katakan..


semua perabot guna jati..sampai tempat basuh tangan pun guna style Bali..nice ok.



Berbeza di Ayam Penyet APi, buku menu kat Ayam Penyet RIA lagi besar





Saya sorang je yang makan..percaya tak percaya tak? ;)



First time makan kat Ayam Penyet RIA, yang paling saya tak kan lupakan sampai bile-bile..sambal dia..fuhhh sangat-sangat pedas..sampai saya biarkan sambal itu ditepi pinggan sahaja..sape-sape yang sukakan sambal yang sangat pedas tu..apa lagi serangla restoran Ayam Penyet RIA yang berdekatan ye ;D

Berbeza dengan sambal Ayam Penyet AP, walo agak pedas, saya still boleh makan..kalo tak caya boleh tengok kat entri  INI, time tu makan bersama my bestie aka fauziah seman ;)

Tapi paling best kat sini, ayam penyet nye yang sangat sedap, lembut sgt, dengan keraknye yang tak berminyak, tempe yang fresh, tauhu yang lembut..haishh buat kecur air liur je nk p makan lg..lalala walo sambalnye saya tak dapat nak mkn..hukhuk





Terung penyet : RM3.00





tu dia sambal yang saya tak dapat nak telan huhu






nasib baik la terorder sup yang berharga seringgit ni, tak la tercekik makan nasi bersama ayam yang sangat sedap tu. *_*



Thanks to my beloved nad coz dpt temani saya makan-makan dengan enak dan tenangnya..sambil-sambil dengar luahan hati saya dan bertukar-tukar pendapat..cewah..yeah dapat thumbs up dari nad for ayam penyetnye yang sangat sedap. Tapi nad cakap sambal kat Ayam Penyet Wang Solo lagi sedap compare dengan ayam penyet RIA. Yeke nad? Memandangkan nad tak pernah lagi makan kat Ayam Penyet APi, kami sama-sama berlumba-lumba ckp yg mana plg sedap sambal dia. AP! Wang Solo! AP! Wang Solo!haha..last-last yela nad..lps ni akak p try mkn kt Wang Solo pulak naa ;)

Compare harga, Ayam penyet APi lagi murah drp Ayam Penyet RIA
Ayam Penyet kat APi (RM7.50) vs Ayam Penyet RIA (RM7.90)
Nasi Putih APi (RM1.20) vs Nasi Putih RIA (RM1.50)
Air pun lagi murah kat Ayam Penyet APi
Apa-apa pun ayam penyet RIA lagi sedap tambah-tambah tauhu dan tempenye yg sgt fresh..cuma sambal dia je xbrape best sbb tersgt-sgt la pedas..huhu

Buntu nak makan tengah hari or dinner kat mana?
Mungkin Ayam Penyet RIA tempatnye ;)



Apa-apa pun berbaloi-baloi....kenyang sampai ke malam di buatnya.
lepas ni nak p serang restoran ayam penyet wang solo pulak..
Alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang Allah kurniakan~


p/s : Makan untuk hidup..bukan makan untuk emo-emo n bukan hidup untuk makan je.

 

Monday, March 28, 2011

..Masih Setia..



Assalamualaikum

Nothing to update


Cuma blog ini sudah bertukar!


Bagi cerah and terang sikit

Less of word

Bila keadaan agak lega dengan assignment & dessertation
akan di update kan balik blog ini
will update soon

(^_^)

sekadar renungan bersama;

"Bila kita pernah merasakan semua manusia meninggalkan diri kita, kita akan sunyi dan sepi, bertalu-talu mengatakan tiada lagi yang mengasihi; ingatlah bahawa Allah itu Maha Penyayang. Allah ada dekat dengan kita dan Dia tidak meninggalkan kita walau semua manusia akan meninggalkan kita suatu hari nanti" -inspirasi-
  


p/s : Syukur dan hepi melihat orang-orang tersayang bahagia dan hepi :)




Tuesday, March 1, 2011

..Suatu Hari Nanti..



Suatu hari nanti saya pasti akan kehilangan orang yang saya sayangi dan cintai. Pasti. Hukum alam sudah mengatakan setiap yang hidup pasti akan mati. Suatu hari nanti, saya akan kehilangan mama, saya akan kehilangan papa, saya akan kehilangan adik-adik, saya akan kehilangan tok mek, tok ayah, cuyo, cik pura, cik ita, aisya, yaya dan ahli keluarga lain yang saya sayangi. Saya juga akan kehilangan sahabat yang saya sayangi...sekadar yang saya mampu tulis diketika ini...ayu, gee, yani, nani, kierah, sha, haidah, nad, mira, ana, dad, izah, kak pura, zehan dan seorang yang saya rasakan dapat menjadi pembimbing kepada saya suatu hari nanti, yang dapat merasakan yang si dialah bakal menjadi ketua keluarga, suatu hari  nanti saya juga akan kehilangannya.




Takut untuk mengetahui tentang hakikat perpisahan dan kehilangan adalah lumrah hidup yang saya perlu tempuhi suatu hari nanti. Sampai bila saya nak barada di bawah ketakutan tersebut. Saya perlu berani, kuat untuk hadapinya..dan perlu keluar dari ketakutan tersebut.  Benar, ada orang yang berkata...tak perlu kita sayangi seseorang dengan sepenuh hati kita, nanti kita sakit, perit, sedih dan kecewa seandainya kita akan kehilangannya suatu hari nanti. Sayangilah dia kerana Allah. Sayangilah seseorang dengan berpada-pada. Dan jangan sesekali menyayangi seseorang lebih daripadaNya.




Saat kehilangan seseorang nanti, ada ke yang akan tersenyum walau pahit nak terima dugaan tersebut..ada ke yang tak kan sesekali menangis, mengalirkan air mata dan meratapi pemergian seseorang.. Ada? Kalau ade hebatnye dia. Mesti dia sangat kuat dan seorang yang sangat tabahkan. Bukan kerana dia tiada perasaan. Mungkin kerana dia sudah bersedia dari awal lagi dan selalu mengingatkan dirinya yang hidup pasti akan mati, tak pun apa sahaja yang benda yang kita sayangi akan berpisah dan akan kehilangan suatu hari nanti.




Jangan sesekali ego untuk menyatakan perasaan sayang, suka dan cinta kepada orang yang kita sayangi. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Tak rugi rasanya nak meyampaikan dan meluahkannya kan. Hargailah masa yang masih diberikan lagi oleh Allah dengan sebaik-baiknya..kita tak tau kan apa yang akan terjadi di kemudian hari nanti..entah sempat atau tidak untuk kita merealisasikan semua impian yang kita ingin lakukan.. Manusia merancang..Allah yang menentukan segala-galanya.


Suatu hari nanti saya juga pasti akan pergi meninggalkan semua orang yang saya sayangi. Semoga saya akan diberikan lagi waktu, kesempatan, peluang, umur yang panjang untuk saya terus menghargai, menyayangi dan dapat membahagiakan orang-orang yang saya sayangi..~~ 



p/s : Sesungguhnya perasaan suka..sayang sesama manusia adalah anugerah dan kurniaan daripada Allah Yang Maha Esa yang tidak ternilai untuk dibandingkan.