Saturday, February 5, 2011

Sedetik Sepi




Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



Sepi hati terjadi lagi...mungkin hanya seketika..sedetik waktu sepi ini pasti akan berlalu..Pelik. Time duk feeling meeling lagu sedetik lebih nyanyian anuar zain..tibe-tibe sepi bertamu semacam..Maybe dek terpandangkan hand phone yg jauh disisi..tercampak kat atas katil dipandang sepi sahaja. Tidak sesepi seperti jalan raya petang tadi..dari kelantan-grik-seri iskandar-rawang-kajang; 11 jam berada dalam kereta..riuh betul jalan raya hari ini..

Hand phone yang sudah 5 tahun memberi khidmat kpd saya dipandang sepi sekali lagi. Kalo top up rm10 je, sebulan pun masih tak habis lagi top up tu. Kalo tak de tanye pasal kelas, pasal assignment, tanya khabar..hp tu pasti sepi je seribu bahasa. Tapiii mungkin tidak sesepi orang yang membuat panggilan kepada saya tengah hari semlm. 

"Akak, aduwa kak..kemalangan..dah meninggal" sambil menangis teresak-esak. Ya Allah, innalillah.. Panggilan dari house mate saya, nad mematikan ketawa saya yang baru berlalu melayan tok mek di dapur. Ketika saya tengah gembira disamping keluarga tercinta di kampung...ada yang tengah berduka lara, tengah bersedih..


"Akak tolong doakan untuk arwah ye kak" 3 tahun 4 tahun perkenalan....3 tahun 4 tahun usia perhubungan mereka..bukan jangka masa yang singkat..pasti mereka berharap hubungan yang direstui oleh kedua-dua ibu bapa akan berakhir ke jinjang pelamin, namun Allah terlalu menyayangi arwah..menjemput pergi terlebih dahulu meninggalkan kita semua.


Tabah ye nad. Moga kamu tabah menghadapi dugaan yang bagi saya begitu berat Nad nak melaluinya. Lebih sedih dari hubungan yang putus di tengah jalan. Sejam yang lalu..masih kedengaran esak tangisnya yg cuba ditahannya..Ya Allah kuatkanlah diriku untuk ku berhadapan dengannya esok.. Saya perlu kuat, selaku kakak yg tua di rumah sewa tu..saya tak boleh menangis di hadapannya, perlu memberi kata-kata semangat kepadanya, perlu setia mendengar apa sahaja yg ingin dia luahkan..perlu berbuat apa sahaja yang saya mampu untuk nad kembali senyum, kembali dengan gelak ketawa yang sentiasa berada di wajahnya. Bukan senang..perlu ambil masa juga..tapi saya yakin sepi kehilangan orang yang kita cintai tidak akan sesepi untuk selama-lamanya...



p/s : Al-fatihah untuk arwah Aduwa. Semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin. 








3 comments:

Anonymous said... BALAS

semoga roh nya dicucuri rahmat Allah SWT.. =)

CemPaKa SiReH said... BALAS

Amin..thanks ayu.

FadhDeela said... BALAS

semoga arwah berada di sisi org2 yg beriman... :P

anuar zainnnn i like!

Meh singgah: Keracunan Makanan!!