Labels:
RENUNGAN BERSAMA
Permata ‘Akal Budi’ yang Hilang
2 days ago
~Ingatlah Duhai Hati Hidayah Allah Tidak Datang Berkali-kali. Andai Rasa Diberi Petunjuk Garablah Cepat-Cepat. Takut Hidayah Dari Nya tak kan Datang lagi buat kali Kedua. Dan Belum Sempat Apa-apa Kita Telah Kembali MenghadapNYa~
"Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta"
"Buatlah sesuatu atas dasar mencari redha Allah SWT walaupun perlakuan tidak semudah tutur kata. Perjuangan itu memang memenatkan dan kadangkala mengundang rasa putus asa. Namun, ketahuilah bahawa penat itulah yang bakal melahirkan izzah seseorang hamba dan sesungguhnya ketabahan tinggi nilainya di sisi Allah SWT"
"Duhai bakal isteri/isteri, belajarlah untuk menjadi sekuat Siti Hajar dan seteguh Siti Fatimah tatkala berhadapan dengan hidup yang serba kekurangan. Cinta mereka kepada Allah SWT tidak pernah kurang. Inilah mahar yang harus dibayar demi meraih kekuatan cinta abadi dan iman yang kukuh. Segala-galanya kerana Allah SWT"
"Allah SWT bukan sahaja menguji cinta kita kepadanya tapi cinta kita kepada-Nya. Pulihkan cinta kalian kepada-Nya, demi cinta kalian kepadanya "
Blog Template by YummyLolly.com
0 comments:
Post a Comment